Pengenalan

 ASLI ADVENTURE BASE CAMP (AABC) terletak di km 3.2,  Sungai Lepoh, Kg Kuala Pansun, Hulu Langat Selangor.   Terdapat pengangkutan awan dari Pusat Bandaraya ke Kuala Pangsun dan perjalanan memakan masa sekitar 45 minit.

AABC mempunyai sumber aliran Sungai Lepoh dan Air Terjun Lepoh iaitu kira-kira 3 kilometer melalui jalan denai.  Daya tarikan lain yang terdapat di kawasan sekitar ialah Puncak Gunung Nuang (gunung tertinggi di Negeri Selangor) yang tingginya 4,899 kaki.
Berada di AABC akan membuat pengunjung berasa berada di tengah-tengah hutan dengan keadaan keliling yang dipenuhi kehijauan hutan alam semulajadi diselangi dengan alunan air Sungai Lepoh yang mengalir sejuk  serta dihiburkan kicauan burung serta unggas di petang hari menambah ketenangan di hati pengunjung yang datang.

Bermalam di AABC, pengunjung akan dapat menikmati kedinginan malam semula jadi yang begitu nyaman.
AABC menyediakan kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung :-

• Chalet dan Dorm
• Dewan Serbaguna
• Dewan Makan
• Padang Aktiviti
• Tasek
• Tapak Perkhemahan
• Bilik Mandi / Tandas
• Jungle Treking
• Guide
• River Crossing
• Nite Treking
• Flying Fox
• Abseling
• Iktiar Hidup Hutan
• Treking Air Terjun Lepoh
• Berkayak